jika langit itu rebah menimpa dunia
nescaya permata itu masih terselindung rapi di dalam bumi
cuba lihat keadaan bumi itu
hancur....lebur....
dan cuba lihat permata itu
masih bersinar lebih dari bintang kayangan
sebab bumi tahu.....mengapa sang permata perlu dipelihara
agar jangan turut ditimpa langit
...........................................................................................
lalu sang biru berkata kepada bumi,
mengapa kau biarkan dirimu binasa demi sinar sebutir permata
bumi terdiam
sang laut menghempas ombaknya pada bumi
satu tamparan hebat
bumi masih terdiam
kerana sang bumi tahu....sang laut biru melihat matahari yang sama dengannya
namun....pada ufuk yang berbeza
bumi terdiam lagi
dan bumi akan terus terdiam
kerana baginya rahsia alam milik tuhan
bukan untuk diungkapkan
sehingga satu masa nanti....permata yang dilindung bumi itu sendiri
yang akan merungkai segala persoalan sang laut itu...
pabila sang laut tahu segalanya....
pasti dari dahulu lagi sang laut akan menjadi sungai....
dan langit menjadi awan
~tamat~

No comments:
Post a Comment