Friday, 11 January 2013

tak hilang lagi indahnya..


adanya kegelapan kerana adanya cahaya
adanya benci kerana adanya sayang
adanya marah kerana adanya belas
adanya tersungkur kerana kelak aku akan berdiri
adanya kasih kerana adanya hati
adanya sedih kerana gembira bakal tiba
adanya aku kerana adanya Dia
adanya kamu kerana adanya jantung
adanya masa hadapan kerana adanya yakin
adanya hari ini kerana adanya masa silam
adanya maaf kerana khilaf itu fitrah manusia
adanya bijak lahir dari air yang dahulunya keruh
adanya bulan kerana adanya mentari
adanya pasrah dari sanubari yang berserah
adanya tenang kerana pelangi itu indah
adanya hujan kerana aku rindu untuk senyum
adanya bayu dan mata terpejam
adanya cita kerana adanya cinta
adanya percaya dalam ketakutan
adanya malam kerana siang sudah berlalu
adanya irama kerana penat membisu
adanya kehilangan kerana suatu hari ada pertemuan
adanya pengorbanan yang tak kan sia sia
adanya hari esok...penuh pengharapan
..................



No comments:

Post a Comment