Sudah hampir 6 tahun di sini..
(aku baru je terangkan kalau akhir kalam ada noktah noktah itu bermaksud aku cakap dengan penuh perasaan dan maksud haha)
aku hampir putus asa dengan subjek "family medicine" aku bukan sebab ia susah tetapi mungkin waktu aku aku sedang ada krisis identiti dan hormon :P
kali ini bak kata orang melayu,aku sedang dilatih di unit pembedahan,cewah formal sangat lah bunyinyer..(ok ada noktah noktah lagi)
permulaan unit aku mulakan dengan unit kecemasan
penuh darah penuh tragis,paling panik jika ada waris bertanya macam macam soalan kepada aku..haaa..*errr eerr gagap nak jawab*
menarik juga hidup ini,mula mula melangkah ke alam perubatan aku memang berangan angan hendak teruskan pengajian dalam bidang pembedahan atau apa apa yang "hardcore"
tapi aku sedar aku lagi suka duduk dan membaca teori teori yang ada,tapi aku tak suka mengajar hehe,mungkin takdir aku akhirnya jadi "researcher" =D
setiap semester aku akui aku memang target 4.00
apa salahnya target tinggi kan,boleh jadi satu inspirasi untuk diri aku sendiri
cita cita aku tinggi,tapi aku ni tak "rigid",dengan macam macam yang bakal mendatang,aku fikir aku mampu fleksibel dengan apa apa sahaja kemungkinan.aku cuma disiplin dengan apa yang aku kejar,tapi bukan "rigid".. :)
"ophthalmologist"
itu cita cita aku..tak tahu kenapa aku suka sangat..mungkin bidang itu sendiri bagi aku sangat eksklusif dan terperinci.mungkin tidak sehebat bidang bidang lain yang lebih "hardcore" tapi aku rasakan bidang ini ada "aura" nya yang tersendiri..
melangkah kaki ke dunia perubatan ini adalah salah satu keputusan terbaik yang aku pilih dalam hidup ini.sekali pun aku tak pernah menyesal (merungut rungut sebab exam susah tu normal lah :P )
aku nak jadi doktor bukan sebab "bajet" nak tolong orang ke apa..cuma aku rasa ini adalah sesuatu yang aku buat dalam hidup ini.ini takdir aku, ini ujian aku, ini bahagian aku. :)
No comments:
Post a Comment