Sunday, 24 March 2013

baiduri hitam


padah kerana aku tidak letak harga yang mahal
kerana khuatir tiada yang sudi singgah
harga yang sepatutnya harga yang ditakdirkan
diranggas mudah
aku tertipu dengan fatamorgana
palsu sahaja segalanya
kiri dan kanan tawar menawar
terpedaya dengan lelongan murahan
cuba mengikut harga manusia lain
sedangkan aku lebih mahal dari mereka
kononnya aku mahu tunduk ke bumi
menjadi saksama
tapi aku berpaling pada takdir tuhan
tuhan beri aku satu harga
aku yang berlagak ingin turunkan
konon ingin berkata tak mengapa,aku orang biasa biasa saja
namun harga tetap harga
bukan dibeli orang orang tak mampu
buat apa terngadah berpajak diri sendiri
sedarlah
aku punyai harga
yang sangat tinggi
tak mengapa mendongak ke langit
bukan kerana angkuh nista
cuma lihat ke langit dan mengeluh
kenapa menafikan harga diri
maaf,aku sangat mahal
amat
 
setiap di dunia ini
ada harga perlu dibayar
harga
 
 


No comments:

Post a Comment