Friday, 28 December 2012

my simplest form of heaven


parents
are my simplest form of heaven..
always..
.......................

alhamdulillah sebab Allah masih beri peluang untuk aku rasa kasih ibu dan ayah sehingga hari ini..
semenjak aku lahir sehingga ke hari ini...aku selalu keluarkan tanda tanya..
kenapa mereka buat begini..kenapa buat begitu..
semuanya kerana sayang...ya..kerana sayang..
kita sebagai anak..kadang kala ada satu perasaan yang ibu bapa kita ni tak amek peduli kita..selalu sakitkan hati kita..selalu pentingkan diri sendiri dalam membuat keputusan..
fitrah seorang anak..normal untuk kadang kala rasa sedemikian..
tapi kita tak tahu..mereka sebenarnya terlalu sangat kasih akan kita dan tahu apa yang terbaik untuk kita..cuma kita tak nampak...sebab kita ...ialah anak..
ibu ayah..satu bentuk syurga pada diriku..
kerana apa...kerana redha mereka redha Allah..
mampukah aku cium bau syurga tanpa redha dari mereka..
Allah ada sebab kenapa martabat ibu bapa ini diangkat begitu tinggi...
sebagai anak...carilah redha mereka dalam setiap perkara pun..
walaupun kita akan seringkali terluka..seringkali akan rasa ingin membangkang segala perkara..
tak mengapa...mereka itu syurga kita..

kawan aku pernah pesan pada aku..
walau susah nak patuh kehendak mereka...sebab kita ada keinginan kita sendiri..
tapi patuhilah kerana Allah..
sebab dari situ lahir seribu berkat...dan dari berkat itu..kita akan bahagia dunia akhirat..
memang payah...lagi2 untuk remaja yang meningkat dewasa..seperti aku sendiri..tak lari dengan keinginan aku yang meluap2..aku ingin itu..aku ingin ini...mencorak hidup aku sendiri..
tetapi ibu bapa...Allah sebut tentang mereka...dalam al Quran..
apa lagi yang kita hendak dustakan..

semuanya kalau kita buat kerana Allah...segalanya akan dipermudahkan..

redha ibu bapa...redha Allah

apa lagi yang kita nak kejar di dunia ni...selain redha dari kedua2nya...
apa lagi yang aku mahukan...

Allah..
ampunkan dosa2ku terhadap mereka..dosa2ku semasa aku kasari mereka dengan sedarku mahupun tanpa aku sedari...kasihi mereka sebagaimana mereka kasihi aku...mereka ibu ayahku dunia akhirat..

amin

Allah..

 


No comments:

Post a Comment